Salam hormat dan hai…hai..hai.
Kali ini saya nak sembang santai dengan anda berkenaan
jenis-jenis blog yang anda dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mulakan.
Ada banyak jenis-jenis blog yang wujud di internet,untuk sembang santai kali ini saya
kongsikan 2 jenis blog yang saya faham.
Ok sudah ready semua?
Jom kita sembang.
1.Jenis blog general
Blog jenis ini biasanya
lebih kepada topik-topik umum yang terhasil dari perkongsian kisah
peribadi,pengalaman & kemahiran penulis.Seperti blog ini,ia
jenis blog general.Pelbagai kisah-kisah tentang pengalaman dan juga kisah
peribadi.
Ia agak mudah untuk dihasilkan kerana blog jenis ini ibarat
diari terbuka penulis.Boleh juga kalau kita panggil blog jenis ini sebagai ‘blog
rojak’.
Kongsikan sahaja topi-topik yang sesuai untuk pembaca selagi
topik tersebut tidak mengganggu ketenteraman awam.
2.Jenis blog spesifik.
Secara asasnya, blog spesifik ialah blog yang hanya fokuskan
kepada 1-2 topik yang berkaitan sahaja.
Sebagai contoh jika anda seorang yang mahir tentang emas dan
dalam masa yang sama anda juga seorang perunding akaun simpanan emas,anda boleh
mulakan blog jenis spesifik.
Kongsikan kepada pembaca tentang ilmu-ilmu emas, berikan
kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan kelebihan memiliki akaun simpanan emas.
Jika sebelum ini anda menulis tentang emas di social media
seperti facebook,gunakan sahaja penulisan anda di facebook didalam blog anda.
Ini kerana kelebihan jika anda menulis di blog pembaca akan
lebih mudah untuk buat rujukan pada bila-bila masa kelak.
Berbanding jika anda hanya kongsikan di Facebook, pembaca terpaksa mengambil masa yang lama
untuk scroll di wall facebook anda untuk membaca setiap tulisan yang anda
kongsikan sebelum ini.
Kelihatan agak leceh dan menyukarkan pembaca untuk membuat rujukan.
Moga artikel ini bermanfaat buat anda, terima kasih.
terima kasih berkongsi artikel
ReplyDeleteSama-sama.
Delete👍
ReplyDeleteTerima kasih.
Deleteperkongsian yang baik
ReplyDeleteTerima kasih.
Delete