Alhamdulillah sudah 29 tahun saya berkhidmat di sebuah
syarikat pembekal komponen otomotif di Shah Alam.Banyak kenangan pahit manis
sepanjang bertugas dari zaman remaja dan kini sudah masuk era belia.
Dengan bantuan seorang rakan sekampung yang bertugas
disyarikat tersebut saya dan seorang lagi rakan berjaya melepasi sesi temuduga
& diterima masuk bekerja dengan gaji permulaan sebanyak RM350
sebulan.Jumlah gaji tersebut pada waktu itu tahun 1993 sudah cukup ditambah
lagi dengan ot ianya memang cukup untuk keperluan sendiri & sebahagian
untuk perkara-perkara lain.
Awal kemasukan saya & rakan ditempatkan dibahagian
pengeluaran .Bekerja 2 syif 5 hari seminggu.Sabtu & Ahad offday, jadi jika
ada program hujung minggu tak perlu ambil cuti.
Selama 4 tahun dibahagian pengeluaran,saya memohon untuk
berpindah ke bahagian kejuruteraan acuan.Alhamdulillah permohonan diterima
& tugasan baharu saya adalah sebagai juruteknik acuan.Walaupun tiada sijil
kemahiran dari vokasional atau mana-mana institusi pengajian saya belajar dari ‘otai-otai’
hal yang berkaitan tentang teknikal,cara-cara baikpulih acuan &
mengendalikan beberapa mesin yang berkaitan.
Antara perkara yang saya seronok bertugas dibahagian kejuruteraan ini ialah kita dapat melakukan tugasan dengan cara & kreativiti kita untuk membaik pulih acuan-acuan .Dengan pemantauan dan tunjuk ajar dari ‘otai’ kerja dapat dilaksanakan dengan baik.
Cabaran sebagai juruteknik yang saya rasakan ialah ia memerlukan komitmen fizikal & mental untuk setiap tugasan.Faktor lain yang WAJIB diberi perhatian ialah keselamatan sewaktu menjalankan tugas.Pihak syarikat telah mengamalkan polisi keselamatan & kesihatan untuk setiap pekerja,jadi sebagai pekerja kita sendiri perlu mematuhi peraturan keselamatan ditempat kerja.
0 comments:
Post a Comment