Alhamdulillah proses pembinaan blog telah selesai dengan tetapan asas, memadai untuk memulakan aktiviti bloging.
Tetapi timbul pula soal apakah artikel-artikel yang hendak ditulis didalam blog!Dari pembacaan dan pengalaman sendiri blogger baharu akan mengalami situasi ketiadaan idea hendak menulis.
Untuk memudahkan aktiviti blogging,tulis sahaja atau kongsikan aktiviti peribadi.
kongsikan kemahiran atau kepakaran atau mungkin juga pengalaman sendiri dalam melalui situasi tertentu.
Cara lain yang dapat membantu adalah dengan membaca blog-blog lain.dengan cara ini insyaallah dapat memberikan idea-idea untuk menulis.
Tapi awas! jangan kita 'curi' tulisan atau artikel mereka...kita mungkin akan didakwa.
Jika kita berminat untuk menerbitkan artikel mereka didalam blog kita,sebaiknya hubungi mereka dan mohon kebenaran untuk menerbitkan artikel mereka ke dalam blog anda sendiri dan sebagai tanda terima kasih berikan link blog mereka.
Pastinya dalam apa juga perkara untuk memulakan sesuatu agak sukar diawalnya.insyallah jika diteruskan sedikit demi sedikit ianya akan jadi kebiasaan.mana tahu satu hari nanti kita mereka-mereka yang bergelar "newbie blogger' ini akan menjadi seorang blogger profesional.
Semoga menjadi blogger yg berjaya
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteAll the best
ReplyDeleteTerima kasih.
DeletePengalaman baru untuk diteroka
ReplyDeleteAll the best ya.
DeleteAll the best!.. pengalaman baru utk sy juga..
ReplyDeleteSama-sama kita buat.
DeleteSelamat maju jaya.