Sesi talimat dari ketua kumpulan.
Bagi memastikan ahli kumpulan kami sentiasa peka dengan faktor keselamatan & kesihatan,
latihan dalam kumpulan sentiasa diadakan setiap minggu.
Selain dari latihan dalam kumpulan setiap minggu,ahli kumpulan sentiasa juga diingatkan tentang faktor keselamatan & kesihatan setiap hari sewaktu sesi mesyuarat pagi sebelum memulakan tugasan.
Demo cara mengangkat beban dengan cara yang betul.
Tugasan harian kami banyak melibatkan bahan kerja yang berat,tajam yang jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul boleh menyebabkan kecederaan.Jadi pihak syarikat telah sebaik mungkin membuat aktiviti-aktiviti bagi memastikan semua pekerja memahami etika kerja yang melibatkan keselamatan & kesihatan.
Bagi tujuan itu latihan dalam kumpulan seperti sesi taklimat dan demonstrasi seperti diatas dilakukan setiap minggu bagi memastikan ahli kumpulan lebih faham dan peka tentang cara kerja yang betul.
Papan informasi keselamatan
Selain dari taklimat dan latihan dalam kumpulan,poster dan maklumat yang berkaitan drngan keselamatan juga dipamerkan di papan informasi keselamatan agar semua ahli kumpulan sentiasa peka dengan faktor-faktor keselamatan.
Papan informasi ini akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan isu-isu keselamatan baik didalam ataupun diluar tempat kerja.
0 comments:
Post a Comment