Published December 19, 2022 by with 0 comment

5 Sebab Blogger Baru Tiada Idea Menulis


Salam hormat dan hai...hai...hai.
Topik yang nak sembang kali ini ialah topik berkaitan ketiadaan idea untuk menulis atau 'blurr',writer's block dan bermacam lagilah istilah yang diguna pakai.

Entry yang lepas kita dah sembang-sembang pasal jenis-jenis blog yang boleh anda mulakan.
Seterusnya anda dah pilih jenis blog yang anda ingin mulakan,nama blog dan platform blog telah ditentukan.

Biasanya jika blog itu baru dibuat kita pasti teruja untuk menulis setuju?
Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam dunia blogging ini.Sebelum ini saya ada beberapa blog yang percuma dan juga berbayar!

Permulaan ada blog sendiri sangat teruja untuk update blog,tetapi lama kelamaan 'hanyut' kerana kekeringan idea untuk menulis.Dari pembacaan dan pengalaman saya sendiri masalah ini rupanya masalah yang biasa dihadapi oleh kebanyakkan blogger.

Jom kita tengok 5 sebab kenapa kita tiada idea menulis

1.Kurang Membaca
Setuju tak kalau saya katakan jika kurang membaca maka kita akan kekurangan idea untuk menulis?
Bila kita kurang membaca biasanya idea-idea untuk menulis jadi terhad,jadi solusi terbaik adalah banyakkan membaca blog,majalah atau apa sahaja bahan bacaan yang boleh membantu melahirkan idea-idea penulisan blog anda.

2.Terlalu Mengharapkan Kesempurnaan
Saya pernah mengalami masalah ini,bila menulis blog saya rasakan cara ,gaya bahasa dan bermacam lagi perlu sempurna seolah-olah saya blogger pro padahal blog peribadi sahaja.Ini sangat-sangat merugikan!
Tulis lah dengan gaya bahasa yang santai-santai sahaja.Cuba tengok blog orang lain tulisan mereka biasanya santai sahaja tidak lah terlalu sempurna yang penting topik yang mereka tulis itu menarik minat orang membaca.

3.Kurang Ilmu Penulisan
Ini pun masalh yang saya hadapi.Apabila kurangnya ilmu penulisan maka terjadilah kekurangan idea untuk menulis.Jadi untuk mengatasi masalh ini jom la kita sama-sama menimba ilmu tentang penulisan,sama ada denga membeli buku-buku tentang penulisan atau ikuti kursus dan seminar tentang penulisan.

4.Ketakutan  Tiada Pembaca
Dah sedap menulis,tiba-tiba separuh penulisan mula lah timbul suara jahat dalam kepala...'ada ke orang nak baca tulisan aku ni'...'bagus ke tulisan aku ni'...
Anda baru  bermula sebagai penulis blog,jadi atas nasihat mereka yang berpengalaman teruskan menulis.Ya betul peringkat permulaan gaya penulisan anda kurang menarik orang untuk membaca.
InsyaAllah dengan penulisan yang berterusan lama-lama penulisan kita akan bertambah baik dan mampu untuk menarik ramai orang untuk membaca blog kita.

5.Tidak Berdoa
Segala ilham dan idea adalah dari Allah maka sama-sama lah kita banyakan berdoa kepada Allah agar Dia kurniakan ilham dan idea untuk kita menulis dengan baik.

Semoga sembang-sembang  kali ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda dan juga saya sendiri untuk menjadi penulis blog yang lebih baik dimasa akan datang.








 

Read More
Published December 15, 2022 by with 6 comments

2 jenis blog yang boleh anda mulakan.

 


Salam hormat dan hai…hai..hai.

Kali ini saya nak sembang santai dengan anda berkenaan jenis-jenis blog yang anda dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mulakan.

Ada banyak jenis-jenis blog yang wujud  di internet,untuk sembang santai kali ini saya kongsikan 2 jenis blog yang saya faham.

Ok sudah ready semua?

Jom kita sembang.

1.Jenis blog general

Blog jenis ini biasanya lebih kepada topik-topik umum yang terhasil dari perkongsian kisah peribadi,pengalaman & kemahiran penulis.Seperti blog ini,ia jenis blog general.Pelbagai kisah-kisah tentang pengalaman dan juga kisah peribadi.

Ia agak mudah untuk dihasilkan kerana blog jenis ini ibarat diari terbuka penulis.Boleh juga kalau kita panggil blog jenis ini sebagai ‘blog rojak’.

Kongsikan sahaja topi-topik yang sesuai untuk pembaca selagi topik tersebut tidak mengganggu ketenteraman awam.

 



2.Jenis blog spesifik.

Secara asasnya, blog spesifik ialah blog yang hanya fokuskan kepada 1-2 topik yang berkaitan      sahaja.

Sebagai contoh jika anda seorang yang mahir tentang emas dan dalam masa yang sama anda juga seorang perunding akaun simpanan emas,anda boleh mulakan blog jenis spesifik.

Kongsikan kepada pembaca tentang ilmu-ilmu emas, berikan kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan kelebihan memiliki akaun simpanan emas.

Jika sebelum ini anda menulis tentang emas di social media seperti facebook,gunakan sahaja penulisan anda di facebook didalam blog anda.

Ini kerana kelebihan jika anda menulis di blog pembaca akan lebih mudah untuk buat  rujukan pada bila-bila masa kelak.

Berbanding jika anda hanya kongsikan di Facebook, pembaca terpaksa mengambil masa yang  lama untuk scroll di wall facebook anda untuk membaca setiap tulisan yang anda kongsikan sebelum ini.

Kelihatan  agak leceh dan menyukarkan pembaca untuk membuat rujukan.

Moga artikel ini  bermanfaat buat anda, terima kasih.

 

 

 

 

 




Read More
Published December 14, 2022 by with 0 comment

Latihan Dalam Kumpulan

Sesi talimat dari ketua kumpulan.

Bagi memastikan ahli kumpulan kami sentiasa peka dengan faktor keselamatan & kesihatan,
latihan dalam kumpulan sentiasa diadakan setiap minggu.
Selain dari latihan dalam kumpulan setiap minggu,ahli kumpulan sentiasa juga diingatkan tentang faktor keselamatan & kesihatan setiap hari sewaktu sesi mesyuarat pagi sebelum memulakan tugasan.

Demo cara mengangkat beban dengan cara yang betul.

Tugasan harian kami banyak melibatkan bahan kerja yang berat,tajam yang jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul boleh menyebabkan kecederaan.Jadi pihak syarikat telah sebaik mungkin membuat aktiviti-aktiviti bagi memastikan semua pekerja memahami etika kerja yang melibatkan keselamatan & kesihatan.

Bagi tujuan itu latihan dalam kumpulan seperti sesi taklimat dan demonstrasi seperti diatas dilakukan setiap minggu bagi memastikan ahli kumpulan lebih faham dan peka tentang cara kerja yang betul.



Papan informasi keselamatan

Selain dari taklimat dan latihan dalam kumpulan,poster dan maklumat yang berkaitan drngan keselamatan juga dipamerkan di papan informasi keselamatan agar semua ahli kumpulan sentiasa peka dengan faktor-faktor keselamatan.

Papan informasi ini akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan isu-isu keselamatan baik didalam  ataupun diluar tempat kerja.


 


Read More
Published December 13, 2022 by with 0 comment

29 Tahun Berkhidmat Di Syarikat Pembekal Komponen Kenderaan


Alhamdulillah sudah 29 tahun saya berkhidmat di sebuah syarikat pembekal komponen otomotif di Shah Alam.Banyak kenangan pahit manis sepanjang bertugas dari zaman remaja dan kini sudah masuk era belia.

Dengan bantuan seorang rakan sekampung yang bertugas disyarikat tersebut saya dan seorang lagi rakan berjaya melepasi sesi temuduga & diterima masuk bekerja dengan gaji permulaan sebanyak RM350 sebulan.Jumlah gaji tersebut pada waktu itu tahun 1993 sudah cukup ditambah lagi dengan ot ianya memang cukup untuk keperluan sendiri & sebahagian untuk perkara-perkara lain.

Awal kemasukan saya & rakan ditempatkan dibahagian pengeluaran .Bekerja 2 syif 5 hari seminggu.Sabtu & Ahad offday, jadi jika ada program hujung minggu tak perlu ambil cuti.

Selama 4 tahun dibahagian pengeluaran,saya memohon untuk berpindah ke bahagian kejuruteraan acuan.Alhamdulillah permohonan diterima & tugasan baharu saya adalah sebagai juruteknik acuan.Walaupun tiada sijil kemahiran dari vokasional atau mana-mana institusi pengajian saya belajar dari ‘otai-otai’ hal yang berkaitan tentang teknikal,cara-cara baikpulih acuan & mengendalikan beberapa mesin yang berkaitan.



Kerja-kerja baik pulih acuan

Antara perkara yang saya seronok bertugas dibahagian kejuruteraan ini ialah kita dapat melakukan tugasan dengan cara & kreativiti kita untuk membaik pulih acuan-acuan .Dengan pemantauan dan tunjuk ajar dari ‘otai’ kerja dapat dilaksanakan dengan baik.


Tugasan yang memerlukan komitmen fizikal & mental

Cabaran sebagai juruteknik yang saya rasakan ialah ia memerlukan komitmen fizikal & mental untuk setiap tugasan.Faktor lain yang WAJIB diberi perhatian ialah keselamatan sewaktu menjalankan tugas.Pihak syarikat telah mengamalkan polisi keselamatan & kesihatan untuk setiap pekerja,jadi sebagai pekerja kita sendiri perlu mematuhi peraturan keselamatan ditempat kerja.

 

 


 

Read More
Published December 12, 2022 by with 0 comment

Aktiviti Konvoi Motor Kapcai

 


Aktiviti konvoi motor memang tidak dapat dinafikan sememangnya memberikan satu kepuasan kepada saya serta rakan-rakan yang lain.Satu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata,hanya yang melaluinya sahaja dapat merasakan kepuasan yang tersendiri.

Walaupun kami hanya menunggang motor kapcai tetapi sangat menyeronokkan.Lagipun kapcai zaman sekarang bukan macam kapcai dahulu,sekarang kapcai pun ada yang cc yang agak besar.Cc besar atau kecik tak penting yang penting kita enjoy ride santai hujung minggu bersama kawan-kawan.

Dalam mencari kepuasan berkonvoi aspek-aspek keselamatan WAJIB diambil kira,seperti keadaan motorsikal dan penunggang itu sendiri WAJIB memastikan dalam keadaan yang baik.Tidak menunggang secara berbahaya serta kelajuan yang menyalahi undang-undang.

Walaubagaimanapun biasanya ada la segelintir penunggang ni yang sesekali pulas minyak macam nak berlumba dan ini tak dapat nak elak,biasa la bila dah ramai ada juga yang terlepas buat aksi pelik-pelik.




Read More
Published December 11, 2022 by with 8 comments

Newbie Blogger



Alhamdulillah proses pembinaan blog telah selesai dengan tetapan asas, memadai untuk memulakan aktiviti bloging.
Tetapi timbul pula soal apakah artikel-artikel yang hendak ditulis didalam blog!
Dari pembacaan dan pengalaman sendiri blogger baharu akan mengalami situasi ketiadaan idea hendak menulis.

Untuk memudahkan aktiviti blogging,tulis sahaja atau kongsikan aktiviti peribadi.
kongsikan kemahiran atau kepakaran atau mungkin juga pengalaman sendiri dalam melalui situasi tertentu.

Cara lain yang dapat membantu adalah dengan membaca blog-blog lain.dengan cara ini insyaallah dapat memberikan idea-idea untuk menulis.
Tapi awas! jangan kita 'curi' tulisan atau artikel mereka...kita mungkin akan didakwa.
Jika kita berminat untuk menerbitkan artikel mereka didalam blog kita,sebaiknya hubungi mereka dan mohon kebenaran untuk menerbitkan artikel mereka ke dalam blog anda sendiri dan sebagai tanda terima kasih berikan link blog mereka.

Pastinya dalam apa juga perkara untuk memulakan sesuatu agak sukar diawalnya.insyallah jika diteruskan sedikit demi sedikit ianya akan jadi kebiasaan.mana tahu satu hari nanti kita mereka-mereka yang bergelar "newbie blogger' ini akan menjadi seorang blogger profesional.







Read More
Published December 11, 2022 by with 0 comment

Lagu Sayap illusi-Wings


Kita santai layan lagu "Sayap Ilusi" dari kumpulan rock lejen Wings.

Suara Dato' Awie ni masih padu walaupun umur beliau semakin meningkat.
Apa agaknya rahsia beliau dapat mengekalkan suara yang padu.

'Sedap' lagu ni,siapa penciptanya saya pun tak tahu ha ha,yang saya tahu lagu ni memang best.
Kalau kita hayati lirik lagu ni,ia berunsurkan ketuhanan.

Kalau tak percaya dengar & hayati lirik lagu ni.
Enjoy!

Read More
Published December 11, 2022 by with 0 comment

Ride Solo

Hari ni ride solo arah utara.Ke mana tu? ...just ke Rawang sahaja.
Pertengahan Disember nnti saya dijadualkan untuk mengikuti latihan di sebuah syarikat automotif di sana,jadi hari ni saya buat survey perjalanan dari tempat tinggal saya ke Rawang dengan menunggang motorsikal.

Sekadar inisiatif sendiri buat survey perjalanan kesana.Ini kali kedua saya dijadualkan untuk mengikuti latihan disana selepas tahun 2019.Tempat tinggal disediakan sebenarnya,tapi biasanya hari pertama latihan saya akan bergerak dari rumah.
Sesi latihan 2019 mengambil masa 2 bulan & kali ini hanya 1 bulan sahaja.

Sesi yang lepas saya menggunakan kereta untuk kesana sebab motorsikal yang ada cc kecil, kurang sesuai untuk perjalanan yang agak jauh.
Alhamdulillah awal tahun ini dapat membeli motorsikal cc yang agak besar.

Perjalanan dari rumah mengambil masa 1 jam setengah.Solat subuh diperhentian Rawang & mengisi petrol di stesen minyak Petronas hentian Rawang.

Perjalanan pergi dan balik ambil masa 3 jam...jadi saya akan balik pada petang Jumaat dan Isnin pagi sebelum subuh gerak ke Rawang.

Hati agak berat sebenarnya nak berjauhan dengan keluarga,tapi apakan daya arahan syarikat,layan jer lah.

InsyaAllah mudah²an dipermudahkan semua urusan saya dan anda.



Read More
Published December 11, 2022 by with 0 comment

Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim-Perdana Menteri ke-10


 Foto:Berita Harian Online

Setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim diatas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 10.

Pastinya seluruh rakyat Malaysia mengharapkan dengan perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke 10 dapat memberikan sinar baharu kepada negara Malaysia yang kita cintai ini.

Tidak ketinggalan juga harapan kepada semua jemaah menteri yang di pilih untuk mentadbir negara dapat menjalankan tugas masing-masing dengan baik.

Sama-sama lah kita berdoa agar Allah memberkati,merahmati seterusnya melindungi negara Malaysia ini dari perkara-perkara yang tidak baik.


Read More
Published December 11, 2022 by with 0 comment

Carigali Ilmu

 Umur yang tak berapa muda bukanlah halangan untuk belajar sesuatu.Belajarlah untuk kebaikan diri sendiri atau  keluarga.

Aktiviti blogging sesuatu yang menarik saya untuk mempelajarinya.Tidak kisah lewat sedikit, yang penting kemahuan untuk belajar & membina blog sendiri.

Bak kata pepatah "dimana ada kemahuan disitu ada jalan"

Blogger dot com pun menawarkan blog percuma sahaja,jadi kita guna sahaja yang percuma.
Walaupun blog percuma ia tetap dapat memberi manfaat kepada penulis dan pembaca.



Read More