Apabila masuk tahun baru 2023 pasti kebanyakan orang akan berazam untuk membawa kehidupan diri dan keluarga kearah yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Bila sembang pasal azam ni,pastinya akan ada pelbagai cerita dan pendapat.
Mungkin kita biasa dengar kata-kata ini "azam tahun lepas pun tak capai,buat apa sibuk-sibuk nak buat azam baru".
Ada betul juga kata-kata ini,kerana saya sendiri pun azam tahun lepas tak capai lagi.Perlukan komitmen yang tinggi untuk capai azam tahun yang lepas.
Tapi tak salah rasanya nak buat azam baru,azam tu kan niat jadi selagi azam tu baik buat sahaja, insyaAllah lambat laun pasti Allah mudahkan kita capai azam atau niat kita.
Tahun 2023 dijangka akan berlaku kelembapan ekonomi dan pastinya lebih mencabar untuk semua orang.
Ada baiknya kita sama-sama mencari peluang pendapatan kedua yang tidak memerlukan modal yang besar atau masa yang panjang untuk melakukannya.
Artikel ini mungkin dapat membantu anda untuk mencapai kehidupan yang lebih baik ditahun 2023.
Bagi anda yang masih belum memulakan simpanan emas,apa kata tahun 2023 ini kita mula buat simpanan emas.
Tidak perlu pun sampai bergolok bergadai untuk beli emas, cukup sekadar kemampuan kita untuk membeli emas.
Ada syarikat jual beli emas yang menawarkan pembelian emas serendah
RM10 sahaja!.
Ini peluang terbaik untuk memulakan simpanan emas untuk tahun 2023 ini.
Biarlah beli emas serendah RM10! yang penting konsisten buat simpanan emas pada tahun ini yang dijangka lebih mencabar.
Semoga tahun 2023 sama-sama kita berazam untuk lebih kuat menghadapi cabaran dan berazam untuk membawa perubahan kehidupan yang lebih baik.
InsyaAllah.